Gempa bumi Maghribi: 50,000 rumah ranap - Utusan Malaysia

Gempa bumi Maghribi: 50,000 rumah ranap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Sekurang-kurangnya 50,000 rumah ranap atau runtuh sebahagian dalam gempa bumi di Maghribi pada Jumaat lalu.

Susulan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Raja Mohammed VI, Mahkamah Diraja Maghribi, dalam kenyataan berkata kerajaan akan memberikan bantuan kecemasan bernilai 30,000 dirham (RM38,241) kepada keluarga terjejas akibat gempa bumi itu, lapor Agensi Anadolu.

Bantuan kewangan langsung sebanyak 140,000 dirham (RM178,457) akan diberikan untuk rumah yang roboh sepenuhnya dan 80,000 dirham (RM101,975) untuk rumah yang sebahagiannya runtuh, menurut kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya 2,946 terbunuh dan 5,674 lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter.

Gempa bumi tersebut adalah yang paling kuat melanda negara Afrika Utara itu dalam tempoh seabad, menurut Institut Geofizik Kebangsaan Maghribi.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN