Empat mayat tanpa kepala, berseluar trek ditemukan di Lampung

Empat mayat tanpa kepala, berseluar trek ditemukan di Lampung

POLIS memeriksa keadaan mayat tanpa kepala yang ditemukan di tepi pantai di Lampung. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMPUNG: Jabatan Kedoktoran dan Kesihatan Polis Lampung akan melakukan bedah siasat terhadap empat mayat yang ditemukan tanpa kepala di pesisir pantai.

Keempat-empat mayat itu ditemukan di Tanggamus dan Lampung Selatan dalam tempoh sebulan.

Jurucakap polis Tanggamus, Hendra Safuan berkata, dua daripada mayat tersebut sudah pun dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Katanya, bedah siasat itu dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian, selain mengumpul sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Kita berharap hasil bedah siasat itu nanti boleh beri maklumat mengenai si mati,” katanya.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mayat pertama yang ditemukan di Pantai Cukuh Gayau pada 15 Ogos lalu merupakan lelaki.

Ketika ditemukan, mayat itu masih berpakaian seluar trek warna hitam, selain reput 80 peratus.

Keadaan serupa turut berlaku pada mayat yang ditemukan pada 7 September lalu di Pantai Karang Bolong, Tanggamus.

Mayat itu dikenal pasti sebagai lelaki dengan ketinggian dianggarkan 180 sentimeter, selain bahagian kepala, tangan dan kakinya tiada.

Dalam pada itu, dua lagi mayat dalam keadaaan tanpa kepala ditemukan di Lampung Selatan pada 6 September lalu.

Selain mempunyai persamaan iaitu tanpa kepala, keempat-empat mayat itu turut ditemukan memakai seluar trek.

Sehubungan itu, polis meminta masyarakat memberikan kerjasama sekiranya mereka mempunyai maklumat mengenai kes tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN