Anak lelaki raja dadah mexico, Ovidio Guzman diekstradisi ke AS - Utusan Malaysia

Anak lelaki raja dadah mexico, Ovidio Guzman diekstradisi ke AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Anak lelaki raja dadah Mexico yang dipenjarakan, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) untuk dibicara atas tuduhan mengedar fentanyl, kata pihak berkuasa Mexico dan AS semalam.

Peguam Negara, Merrick Garland, berkata Ovidio Guzman Lopez telah diekstradisi, dan langkah terbaharu itu adalah usaha AS untuk menyerang ‘setiap aspek’ operasi pengedaran dadah yang dikendalikan oleh Kartel Sinaloa yang telah lama dikaitkan dengan keluarga Guzman.

“Saya juga berterima kasih kepada rakan sejawat di Mexico untuk ekstradisi ini.

“Jabatan Kehakiman akan terus bertanggungjawab terhadap mereka yang berperanan menyebar luas wabak opioid yang berleluasa di terlalu banyak komuniti di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Guzman, yang juga seorang daripada pewaris empayar pemerdagangan bapanya, ditangkap di bandar Culiacan, dekat utara pada 2019 tetapi dibebaskan atas arahan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador untuk mengelakkan pertumpahan darah apabila kartelnya menyerang balik.

Dia ditangkap pada Januari selepas pertempuran sengit di negeri Sinaloa, Mexico Utara.

Dua pegawai Mexico yang tahu mengenai perkara itu turut mengesahkan ekstradisi Guzman.

Media Mexico termasuk rangkaian berita Milenio, melaporkan Guzman telah dibawa keluar dari penjara di tengah Mexico dengan kawalan keselamatan maksimum untuk diterbangkan melintasi sempadan.

Kerajaan AS memohon ekstradisi Guzman pada Februari supaya dia boleh menghadapi pertuduhan dadah di mahkamah AS.

Menurut dokumen mahkamah AS, Guzman dan adik-beradiknya didakwa mengawal operasi antarabangsa yang meluas dalam perdagangan fentanyl, mengaut keuntungan ratusan juta dolar dengan ‘memperdagang’ opioid yang boleh membawa maut di AS.

Pada 2021, Jabatan Negara menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM23.4 juta) untuk maklumat yang membawa kepada penahanan atau sabitan kesalahan Ovidio. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya