BANGKOK: Selatan Thailand digegarkan dengan siri serangan bom yang mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan lima yang lain.
Serangan berlaku di daerah Yarang dekat wilayah Pattani ketika pasukan keselamatan mengawal kawasan terbabit malam tadi.
Media tempatan melaporkan, letupan menyasarkan sebuah kereta polis disusuli beberapa lagi yang mengenai tiang elektrik, menyebabkan kawasan itu bergelap.
Sementara itu, rakaman di media sosial menunjukkan kawasan terbakar berhampiran lokasi letupan dengan beberapa tembakan turut kedengaran.
Gabenor Pattani, Pateemoh Sadeeyamu berkata, siasatan terhadap serangan berkenaan sedang dijalankan.
Menurut badan pemikir tempatan Deep South Watch, lebih 7,000 orang terbunuh dan seramai 13,500 lagi cedera dalam pemberontakan sejak 2004. -AFP