Thaksin Shinawatra terus ke penjara selepas tiba di Thailand

Thaksin terus ke penjara selepas tiba di Thailand

BEKAS Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra bersama anak perempuannya Paetongtarn Shinawatra tiba di Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra terus dibawa ke penjara selepas menghadiri perbicaraan di mahkamah selepas tiba di Thailand semalam.

Beliau pulang ke tanah air selepas 15 tahun hidup dalam buangan, hari yang sama sidang Parlimen mengundi perdana menteri baharu.

Thaksin, 74, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang pada pukul 9 pagi waktu tempatan dengan menaiki pesawat persendirian yang berlepas dari Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

Diiringi anak lelaki dan anak perempuannya, termasuk Paetongtarn, yang juga seorang daripada tiga calon perdana menteri Parti Pheu Thai, beliau meletakkan jambangan bunga di hadapan gambar Raja Maha Vajiralongkorn di luar bangunan terminal.

Thaksin sempat melambai ahli keluarga, penyokong dan media yang berkumpul di luar bangunan terminal sebelum masuk ke dalam bangunan itu semula.

Susulan kepulangan Thaksin, Mahkamah Agung Thailand mengenakan hukuman penjara lapan tahun terhadap beliau.

Hukuman itu berkaitan dengan tiga sabitan yang dijatuhkan ke atas Thaksin tanpa kehadirannya sebelum ini, menurut mahkamah dalam satu kenyataan.

Terdahulu, penyokong Thaksin berbaju merah berkumpul di luar terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang bagi mengalu-alukan kepulangannya sambil memegang sepanduk mengucapkan selamat pulang

Penyokongnya juga sanggup berkhemah di luar terminal sejak Isnin.

Selain itu, tokoh utama dan Ahli Parlimen Parti Pheu Thai turut berada di terminal bagi menyambut ketibaan Thaksin.

Terdahulu, bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra berkongsi hantaran dan video di Facebooknya yang memaparkan Thaksin diiringi menaiki pesawat.

“Akhirnya, hari yang anda (Thaksin) nantikan sudah tiba.

“Saya ucapkan selamat maju jaya dalam perjalanan pulang. Harap kekal sihat, abang,” menurut hantaran di Facebooknya.

Thaksin, yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2001 hingga 2006, hidup dalam buangan sejak 2008 dan menghabiskan sebahagian besar masanya di Dubai selepas kerajaannya digulingkan dalam rampasan kuasa tentera yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN