Spesies ular baharu di Peru dinamakan Harrison Ford - Utusan Malaysia

Spesies ular baharu di Peru dinamakan Harrison Ford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA – Saintis di Peru menamakan spesies ular baharu yang ditemukan di hutan negara itu sempena nama aktor veteran terkenal Hollywood, Harrison Ford.

Ia sebagai penghormatan kepada pelakon filem Indiana Jones itu yang terlibat aktif dalam aktiviti konservasi alam sekitar.

Menurut kenyataan Universiti Kebangsaan San Marcos, reptilia berukuran 40 sentimeter itu pertama kali ditemkan pada Mei 2022 di kawasan pergunungan hutan Taman Negara Otishi.

Ular unik itu yang berwarna coklat kekuningan dengan bintik hitam di perut diberi nama saintifik Tachymenoides harrisonfordi.

Reptilia itu pertama kali dijumpai oleh pasukan yang diketuai oleh Edgar Lehr, seorang ahli biologi Amerika Syarikat-Jerman.

“Ia dinamakan sempena Harrison Ford kerana dia aktif dalam isu alam sekitar.

“Saya mendapat tahu bahawa Ford bersetuju untuk namanya digunakan melalui perundingan yang dibuat oleh Conservation International”, kata Lehr.

Katanya, ular itu ditemukan di kawasan yang hanya boleh diakses menggunakan helikopter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN