SpaceX, NASA tangguh penghantaran empat kru ke ISS - Utusan Malaysia

SpaceX, NASA tangguh penghantaran empat kru ke ISS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) dan syarikat SpaceX menangguhkan penghantaran empat kru ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang dijadualkan hari ini.

NASA berkata, jadual pelancaran terbaharu disasarkan esok namun tidak memberikan sebab penangguhan tersebut dibuat .

“Pelancaran sekarang disasarkan pada Sabtu, 26 Ogos pukul 3.27 pagi (waktu tempatan) untuk misi penggiliran krew ketujuh SpaceX ke makmal mikrograviti untuk NASA,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Digelar Crew-7, misi itu akan dipimpin oleh Jasmin Moghbeli dari AS termasuk Andreas Mogensen dari Denmark, Satoshi Furukawa dari Jepun dan Konstantin Borisov (Russia).

Penghantaran kru berkenaan dirancang dari Kompleks Pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida.

SpaceX berkata, tarikh pelancaran baharu itu memberikan masa tambahan kepada pasukannya untuk menyiapkan dan membincangkan analisis penghantaran tersebut.

“Kenderaan kekal baik dan kru bersedia untuk terbang,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Krew akan menghabiskan masa enam bulan di ISS bagi menjalankan eksperimen sains termasuk mengumpul sampel semasa berjalan di angkasa untuk menentukan sama ada stesen itu melepaskan mikroorganisma melalui lubang sistem sokongan hayat.

Matlamatnya adalah untuk memahami sama ada mikroorganisma boleh hidup dan membiak di angkasa.

Satu lagi percubaan akan bertujuan untuk menilai perbezaan fisiologi antara tidur di bumi dan di angkasa.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN