Selepas umum bercerai, PM Kanada ubati kesedihan tonton filem Barbie

Selepas umum bercerai, PM Kanada ubati kesedihan tonton filem Barbie

GAMBAR menunjukkan Justin Trudeau bersama anaknya, Xavier bergambar di hadapan poster filem Barbie. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengubati kesedihan setelah berpisah dengan isterinya, dengan meluangkan masa menonton filem terbaharu Barbie bersama anak sulungnya.

Trudeau, 51, memuat naik gambar mereka berdua mengunjungi pawagam untuk menonton filem tersebut, di laman Instagram dan Twitter, beberapa hari selepas mengumumkan perpisahan dengan isterinya, Sophie Gregoire-Trudeau.

Lapor Daily Mail, gambar itu memaparkan Trudeau bersama Xavier, 15, berpakaian berwarna merah jambu untuk menonton filem berkenaan.

Dalam gambar tersebut, Trudeau yang mengenakan hoodie neon dan Xavier memakai baju-t fuchsia, dilihat bergambar di hadapan poster filem Barbie.

Gambar itu tertera kapsyen We’re Team Barbie, merujuk kepada trend Barbenheimer yang berkaitan dengan tayangan filem Barbie dan Oppenheimer.

Hantaran itu secara tidak langsung menunjukkan hubungan rapat antara bapa dan anak.

Baru-baru ini, Trudeau mengumumkan beliau dan Sophie berpisah selepas 18 tahun berkahwin.

Menurut kenyataan dari pejabat Trudeau, pasangan itu sudah menandatangani perjanjian perpisahan yang sah.

Katanya, pasangan itu dan tiga anak mereka akan kekal sebagai keluarga yang rapat dan akan terus hadir dalam kehidupan anak-anak mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya