Rakyat AS digesa ambil dos penggalak vaksin Covid-19

Rakyat AS digesa ambil dos penggalak vaksin Covid-19

PENDUDUK mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 di sebuah pusat kesihatan di San Rafael, California. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden, Joe Biden merancang untuk menggesa semua rakyat Amerika Syarikat (AS) mendapatkan suntikan penggalak vaksin Covid-19 pada musim luruh akan datang.

Menurut seorang pegawai di White House, langkah itu bagi menangani gelombang baharu Covid-19.

“Meskipun Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan peningkatan dalam kes jangkitan dan bilangan kemasukan ke hospital akibat virus itu, namun tahap keseluruhannya masih kekal rendah,” katanya.

Khamis lalu, syarikat bioteknologi, Moderna memaklumkan data awal menunjukkan vaksin baharu Covid-19 yang dihasilkannya berkesan terhadap subvarian Eris dan Fornax.

Moderna dan pengeluar vaksin Covid-19 lain seperti Novavax, Pfizer dan BioNTech SE berjaya menghasilkan versi dos vaksin masing-masing yang bertujuan menangani subvarian XBB.1.5.

Setakat ini, syarikat tersebut sedang menunggu kelulusan daripada pengawal selia kesihatan di AS dan Eropah.

Malah, syarikat berkenaan menjangkakan vaksin baharu itu sedia ada dalam beberapa minggu akan datang pada musim luruh.

Sementara itu, pegawai White House berkata, pihaknya akan menggalakkan semua warga AS untuk mendapatkan dos penggalak sebagai tambahan kepada suntikan vaksin selesema dan virus sinsitium pernafasan (RSV). – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN