Raja Thailand perkenan Srettha sebagai PM baharu Thailand - Utusan Malaysia

Raja Thailand perkenan Srettha sebagai PM baharu Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang pegawai memaklumkan Raja Thailand memberi perkenan untuk pelantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri baharu negara itu.

Langkah itu sekali gus membuka jalan kepada pemimpin itu menyandang jawatan tertinggi negara secara rasmi.

Srettha, 61, dari parti Pheu Thai yang sudah sekian lama dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, bakal memimpin kerajaan gabungan yang turut merangkumi parti pro-tentera.

Taikun hartanah itu memenangi pengundian di Parlimen semalam, beberapa jam setelah Thaksin pulang semula ke tanah air selepas hidup dalam buangan selama 15 tahun.

Srettha memperoleh 482 undi menyokong manakala 165 menentang dan 81 berkecuali dalam pengundian berkenaan.

“Kami dimaklumkan bahawa Raja memberi perkenan perdana menteri baharu walaupun surat itu masih belum tiba di pejabat lagi,” kata jurucakap Speaker Dewan, Kampi Dittakorn.

Surat diraja itu dijangka dibacakan kepada Srettha dalam satu majlis di ibu pejabat parti Pheu Thai kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) yang mana beliau akan menjadi Perdana Menteri secara rasmi.

Pelantikan Srettha akan menamatkan kebuntuan politik selama tiga bulan yang bermula sejak pilihan raya umum pada Mei lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN