Polis Vietnam tumpas sindiket pelacuran pramugari 

Polis Vietnam tumpas sindiket pelacuran pramugari 

VO Thi My Hanh kini berada dalam tahanan. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Polis Vietnam berjaya menumpaskan sindiket pelacuran membabitkan kira-kira 30 pramugari yang menawarkan perkhidmatan seks di negara itu.

Lapor Daily Mail, kru kabin syarikat penerbangan terbabit dikatakan mengenakan bayaran sehingga 2,360 pound (RM13,743) semalam kepada pelanggan kaya untuk khidmat seks.

Polis menyerbu sebuah hotel mewah di Bandaraya Ho Chi Minh pada petang Rabu lalu dan menahan beberapa individu.

Ketika serbuan, polis mendakwa menemukan tiga pramugari sedang melakukan hubungan intim dengan pelanggannya.

Wanita keempat yang merupakan model, turut ditahan ketika melakukan hubungan seks dengan pelanggannya.

Kumpulan wanita dan lelaki itu diiring keluar dari bangunan hotel yang terletak di Le Thi Rieng Street di bandar berkenaan.

Seorang lagi wanita dipercayai merupakan ketua sindiket, Vo Thi My Hanh, 26, turut ditahan dalam serbuan itu.

My Hanh didakwa menghantar beberapa gambar pramugari berpakaian seragam syarikat penerbangan kepada pelanggannya.

Sementara itu, polis berkata, My Hanh merupakan bekas pramugari yang pernah bekerja dengan Vietnam Airlines sebelum terlibat dalam sindiket pelacuran tersebut.

Menurut polis, My Hanh kini berada dalam tahanan kerana disyaki terlibat dalam sindiket pelacuran dan mengendalikan perkhidmatan seks. 

Katanya, My Hanh didakwa menyasarkan bekas rakan sekerja syarikat penerbangan itu dengan tawaran pendapatan tambahan semasa mereka berada di Vietnam. 

“Suspek juga menyasarkan beberapa model di bandar itu,” katanya. 

Polis kini cuba mengesan individu lain yang terlibat dalam sindiket pelacuran itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya