Petani ditahan cabul 11 anak jiran

Petani ditahan cabul 11 kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAKASSAR: Seorang petani di daerah Pinrang di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas dilaporkan mencabul lebih 11 kanak-kanak di kawasan kejiranannya. 

Lapor CNN Indonesia, Yasing, 43, ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis terhadapnya.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pinrang, Iptu Ahmad Rizal berkata, mangsa berumur antara 5 hingga 10 tahun merupakan pelajar tadika dan sekolah rendah yang berjiran dengan suspek.

Pendedahan kes itu bermula apabila salah seorang mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan ketika membuang air kecil kepada ibu bapanya sebelum mengaku Yasing mencabulnya.

“Selepas menerima laporan itu 25 Ogos lalu, polis segera menjalankan siasatan dan menahan Yasing yang disyaki mencabul 11 ​​kanak-kanak di kampungnya.

“Kami sedang menyiasat kes ini dan kebanyakan mangsa terbabit mengaku menjadi mangsa perbuatannya. 

“Suspek didapati memancing mangsa dengan meminjamkan telefon pintarnya kepada kanak-kanak itu untuk menonton video sebelum mengambil kesempatan mencabul mereka,” jelas Ahmad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN