Kebakaran hutan: Ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Maui letak jawatan - Utusan Malaysia

Kebakaran hutan: Ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Maui letak jawatan

KEMUSNAHAN yang dapat dilihat di sekitar Lahaina, Maui,Hawaii akibat kebakaran hutan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Herman Andaya, pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Maui, meletak jawatan pada Khamis atas sebab-sebab kesihatan, menurut laman Facebook rasmi Maui County.

Datuk Bandar daerah itu, Richard Bissen menerima peletakan jawatan itu, lapor Xinhua.

“Memandangkan betapa beratnya krisis yang kami hadapi, saya dan pasukan saya akan melantik seseorang menggantikan beliau secepat mungkin dan saya tidak sabar-sabar untuk membuat pengumuman itu tidak lama lagi,” kata Bissen.

Angka kematian akibat kebakaran hutan Maui di Hawaii AS mencecah 111 orang semalam.

Di Maui, tidak sukar untuk melihat satu daripada 80 menara siren hijau yang digunakan untuk memberi amaran kepada penduduk pada waktu-waktu berbahaya, dan ia diuji setiap bulan.
Bagaimanapun, sistem siren kecemasan itu tidak mengeluarkan sebarang amaran semasa kejadian itu berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya