Indonesia tubuh pasukan khas pantau, kawal udara kotor di Jakarta

Indonesia tubuh pasukan khas pantau, kawal udara kotor di Jakarta

PENCEMARAN udara di Jakarta dan kawasan sekitarnya dilaporkan semakin serius. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia akan menubuhkan pasukan petugas untuk mengawal pencemaran udara yang semakin buruk di Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi (Jabodetabek).

Ketua Setiausahanya, Bambang Hendroyono, berkata perancangan membentuk pasukan petugas terbabit dibuat selepas menterinya, Siti Nurbaya Bakar, mengadakan mesyuarat dengan pegawai kementerian itu bagi menggariskan langkah mengawal pencemaran udara.

“Satu daripada tindakan bakal diambil kementerian ialah menubuhkan sebuah pasukan petugas di Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, dikenali sebagai Pasukan Petugas untuk Kawalan dan Pengawasan Pencemaran Udara di Kawasan Jabodetabek,” katanya seperti yang dilaporkan AntaraNews.

Katanya, pasukan petugas berkenaan juga akan melakukan pemeriksaan di kawasan Jabodetabek yang dipercayai menyumbang kepada pencemaran udara, supaya kualiti udara dapat dipulihkan.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kawalan Degradasi Alam Sekitar dan Pencemaran kementerian berkenaan, Sigit Reliantoro, memberitahu pembentukan pasukan petugas terbabit juga selaras arahan Presiden Joko Widodo supaya pemantauan dilakukan terhadap loji janakuasa yang menggunakan bahan api fosil serta loji janakuasa wap (PLTU).

“Kami sudah mengenal pasti beberapa loji janakuasa yang akan dibuat pemantauan dan ujarnya.

Ketua Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang Perhutanan dan Alam Sekitar kementerian itu, Rasio Ridho Sani, berkata pihaknya akan mengambil tindakan mengawal pencemaran yang berpunca daripada aktiviti PLTU, bahan api fosil serta pembakaran terbuka.

Jelasnya, pihaknya telah mengenal pasti sejumlah lokasi dan sumber pencemaran udara membabitkan loji janakuasa serta kawasan di mana pembakaran terbuka disyaki sering berlaku.

Pembakaran terbuka merujuk pembakaran bahan buangan secara meluas sehingga menyebabkan pelepasan gas cemar, serta aktiviti perindustrian yang tidak menguruskan pelepasan gas cemar dengan betul.

Pasukan petugas itu juga akan menggariskan beberapa sekatan, daripada yang bersifat pentadbiran bagi tujuan pembetulan sehinggalah kepada tindakan berdasarkan undang-undang sivil dan jenayah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya