Enam lagi negara sertai BRICS - Utusan Malaysia

Enam lagi negara sertai BRICS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Pemimpin-pemimpin BRICS mengumumkan penyertaan bersejarah enam negara baharu, ketika blok itu berusaha mengembangkan pengaruhnya dalam era persaingan strategik.

Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan bersetuju dalam sidang kemuncak tahunan mereka untuk menjadikan Argentina, Ethiopia, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)sebagai ahli penuh mulai 1 Januari depan.

“Perluasan keahlian ini adalah detik bersejarah.

“Peluasan itu juga merupakan titik permulaan baharu bagi kerjasama BRICS. Ia akan membawa semangat baharu kepada mekanisme kerjasama BRICS dan mengukuhkan lagi kuasa untuk keamanan dan pembangunan dunia,” kata Presiden China, Xi Jinping.

Beijing berkempen untuk mengembangkan dan mengukuhkan BRICS dengan pantas sebagai pengimbang kepada dominasi Amerika Syarikat (AS) dan Barat dalam hal ehwal dunia.

Desakan untuk menambah keahlian menjadi tajuk utama agenda sidang kemuncak itu.

Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed memuji keputusan yang disebut sebagai saat hebat untuk negaranya yang mempunyak penduduk kedua paling ramai di Afrika.

“Faedah keahlian Iran dalam BRICS akan mencipta sejarah, dan membuka lembaran baharu dan langkah yang lebih kukuh ke arah keadilan dan keamanan berkekalan di pentas antarabangsa,” kata Presiden Iran, Ebrahim Raisi.

Mesir dan UAE juga menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kumpulan yang mewakili berbilion-bilion penduduk di empat benua dan satu perempat daripada kekayaan dunia itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya