Beruang di zoo China haiwan atau manusia?

Beruang di zoo China haiwan atau manusia?

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan beruang itu berdiri tegak di kandang Zoo Hangzhou di China. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak pengurusan sebuah zoo di timur China menafikan dakwaan kononnya beruangmatahari yang berada di dalam kandang haiwan itu adalah manusia yang memakai kostum.

Dakwaan itu dibuat selepas beberapa video memaparkan aksi pelik beruang tersebut di Zoo Hangzhou tular dalam media sosial.

Antara aksi beruang itu yang mencetuskan perdebatan adalah haiwan tersebut berdiri tegak di tebing batu sambil melambai tangan ke arah pengunjung.

Lapor The Guardian, penjaga zoo Hangzhou menerusi kenyataan menjelaskan mengenai perspektif beruang matahari dari Malaysia yang dikenali sebagai Angela.

“Apabila bercakap mengenai beruang, perkara pertama terlintas di fikiran kita adalah saiz badan haiwan itu besar dan bersifat ganas.

“Namun bukan semua spesies beruang adalah ganas dan amat berbahaya.

“Beruang Malaya adalah kecil daripada spesies haiwan itu, malah ia merupakan beruang paling kecil di dunia,” jelasnya.

Rata-rata warganet mempersoalkan sama ada beruang matahari itu adalah haiwan sebenar selepas rakaman video menunjukkan beruang itu berdiri tegak dengan kaki belakang yang langsing.

Mereka juga mempertikaikan pergerakan haiwan itu menyerupai manusia ketika beruang itu berdiri dan melambai, selain kulitnya kelihatan seperti ‘gulungan seluar’.

Sementara itu, jurucakap zoo Hangzhou menegaskan beruang berkenaan adalah haiwan sebenar yang ditempatkan di zoo itu pada 2020.

Katanya, cuaca pada hari kejadian video dirakam adalah 40 darjah Celsius.

“Jadi, sekiranya manusia memakai kostum itu, mereka mungkin tidak mampu menahan kepanasan dalam suhu begitu dan mungkin pengsan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya