Warganet kongsi video kunjungi McDonald's terbesar dunia

Warganet kongsi video kunjungi McDonald’s terbesar dunia

EPIC McD's terletak di Orlando, Florida. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE: Beberapa pengguna TikTok tampil berkongsi pengalaman mereka mengunjungi dan menikmati hidangan makanan segera di premis McDonald’s terbesar di dunia.

Premis dikenali sebagai Epic McD’s terletak di Orlando, Florida di Amerika Syarikat (AS).

Orang ramai juga dikatakan boleh memesan sandwic stik dan piza di restoran makanan segera berkenaan. 

Lapor Daily Mail, bangunan restoran tiga tingkat yang berkeluasan 1,765 meter persegi itu, dilengkapi sebuah akuarium, ketuhar guna arang kayu, ruang jual sajian pencuci mulut, arked besar dan kawasan permainan seluas 6.7 meter.

Epic McD juga menawarkan menu hidangan eksklusif antaranya terdiri daripada pasta, sandwic stik Philly, gateaux dan minuman Fanta beku.

Seorang pengguna TikTok akaun @peakacity memuat naik rakaman video memaparkan dia mengunjungi premis McDonald’s yang terkenal di International Drive di Orlando. 

“Kami mula-mula memesan McPizza yang hanya boleh didapati di premis McDonals’s di sini dan ia sangat sedap.

“Epic McD juga menawarkan minuman Fanta beku yang menyegarkan pada harga AS$2.99 (RM13.95).

“Saya tak sangka premis ini juga menjual McPasta yang hanya berharga AS$13.88 (RM64.77),” katanya.

Pengguna TikTok itu berkongsi video menunjukkan bahagian dalam Epic McD. 

Malah, individu itu turut mengajak kira-kira 120,000 pengikutnya untuk turut sama mencuba makanan dihidangkan di cawangan restoran tersebut.

“Sekiranya anda berada di kawasan Orlando, anda harus mengunjungi premis McDonald’s terbesar di dunia,” katanya.

Dilaporkan, keunikan Epic McD’s termasuk hidangan yang ditawarkan berjaya menarik perhatian dunia.

Malah, seorang warga Britain juga meneroka peluang dengan mengembangkan cawangan restoran itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN