Speaker Malaysia antara 333 pemerhati PRU Kemboja - Utusan Malaysia

Speaker Malaysia antara 333 pemerhati PRU Kemboja

TAN SRI JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Khamis berkata kira-kira 333 pemerhati dan orang kenamaan asing dari 65 negara dan institusi antarabangsa akan melawat negara itu untuk memantau Pilihan Raya Umum (PRU) ketujuh negara itu Ahad ini, lapor Xinhua.

Antaranya ialah Speaker Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Johari Abdul dan Perdana Menteri Guinea-Bissau Nuno Gomes Nabiam, serta 11 bekas ketua negara, kerajaan dan parlimen, tulisnya di Twitter.

Hun Sen berkata Kemboja mengalu-alukan kehadiran mereka untuk menyaksikan proses demokrasi di negara Asia Tenggara itu.

Sebanyak 18 parti politik akan bertanding untuk 125 kerusi Dewan Rakyat dan lebih 9.7 juta orang layak mengundi.

Pada PRU lima tahun lepas, Parti Rakyat Kemboja pimpinan Hun Sen menyapu bersih kesemua 125 kerusi Dewan Rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN