Seorang maut, 41 cedera dalam serangan di timur Ukraine

Seorang maut, 41 cedera dalam serangan di timur Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pihak berkuasa Russia memaklumkan seorang terbunuh manakala 41 lagi cedera termasuk dua kanak-kanak dalam serangan tentera Ukraine di bandar Makiivka, timur Ukraine, yang dikawal oleh pasukan tentera Moscow.

Wilayah Donetsk itu dikuasai sebahagian oleh puak pemisah disokong Kremlin sejak tahun 2014.

Kawasan perindustrian itu kini menjadi tumpuan serangan balas Ukraine yang dilancarkan sejak beberapa minggu lalu.

“Seramai 41 orang termasuk dua kanak-kanak cedera akibat serangan itu.

“Seorang meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya,” kata ketua pentadbiran bandar yang dilantik Russia, Vladislav Klyucharov.

Dalam pada itu, tentera Ukraine mengesahkan pasukannya berjaya memusnahkan formasi Russia di Makiivka.

Malah, tentera Ukraine turut menyiarkan rakaman video yang menunjukkan letupan besar berlaku sehingga kepulan asap menyelubungi ruang udara pada waktu malam.

“Satu lagi formasi pasukan Russia di bandar Makiivka yang dikuasai mereka sudah tidak lagi wujud,” katanya dalam kenyataan tanpa mengemukakan butiran lanjut.

Ketua Donetsk dilantik oleh Russia, Denis Pushilin berkata, tentera Ukraine melancarkan `serangan sengit’ ke atas kawasan perumahan dan bangunan hospital di Makiivka.

Agensi berita TASS melaporkan sembilan fasiliti pusat penjagaan kesihatan musnah dalam tembakan pasukan tentera Ukraine.

Sementara itu, Klyucharov mengesahkan kira-kira 40 buah rumah, bebrapa sekolah dan dua balai bomba rosak dalam serangan itu.

Januari lalu, Moscow mengakui sekurang-kurangnya 89 tentera terbunuh dalam serangan Ukraine terhadap pangkalan sementara di Makiivka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN