Penyokong Jokowi mahu anaknya jadi Naib Presiden Indonesia

Penyokong Jokowi mahu anaknya jadi Naib Presiden Indonesia

GIBRAN RAKABUMING RAKA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ribuan penyokong Presiden Joko Widodo (Jokowi) dari sembilan kumpulan di Jawa Tengah mencadangkan supaya Ketua Daerah Solo, Gibran Rakabuming Raka supaya dijadikan calon naib presiden dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024.

Sebagai reaksi, Gibran mengakui berasa terkejut dan tidak menyangka masyarakat mahu beliau menggalas jawatan tersebut.

Terdahulu, Gibran menghadiri program bertemu rakyat dalam satu majlis, di Solo.

“Saya datang ke majlis itu untuk jumpa dengan masyarakat, mendengar masalah dan idea mereka. Saya tidak mempunyai idea langsung bahawa mereka mahu saya dicalonkan sebagai naib presiden dalam Pemilu kelak.

“Sejujurnya, saya hargai kepercayaan mereka terhadap saya. Namun, saya masih belum bersedia untuk melangkah lebih jauh.

“Hal ini kerana, saya baru dua tahun menjadi ketua daerah Solo dan banyak lagi yang saya perlu pelajari,” katanya.

Selain itu, Gibran juga menyatakan, Indonesia mempunyai calon naib presiden yang lebih berpengalaman dan berkelayakan berbanding beliau.

Katanya, usianya masih muda juga tidak sesuai untuk memegang jawatan kedua tertinggi negara itu.

“Usia saya baru cecah 35 tahun, walhal undang-undang menetapkan syarat untuk jadi calon naib presiden minimum 40 tahun.

“Masih jauh perjalanan saya dan saya minta maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan para penyokong,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN