Pengguna dakwa aplikasi Threads `kuat makan bateri'  - Utusan Malaysia

Pengguna dakwa aplikasi Threads `kuat makan bateri’ 

PENGGUNA mendakwa aplikasi Threads menyebabkan telefon pintar cepat habis bateri. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Aplikasi baharu syarikat induk Meta, Threads dilaporkan sudah mempunyai lebih 70 juta pengguna sejak dilancarkan pada minggu lalu. 

Sebelum ini, beberapa pakar menyifatkan platform baharu Meta itu sebagai `ancaman serius’ kepada Twitter. 

Ketika pengguna teruja mengenali Threads, ramai yang mendakwa aplikasi pesaing Twitter itu menyebabkan telefon pintar mereka cepat habis bateri. 

Malah, beberapa pengguna yang kecewa menggunakan platform Twitter untuk membangkitkan isu berkenaan.

Lapor Daily Mail, seorang pengguna mengakui dia gemar menggunakan Threads namun aplikasi itu mengakibatkan telefon pintarnya kehabisan bateri.

“Adakah aplikasi Threads `membunuh’ bateri telefon pintar anda juga?,” kata pengguna dalam ciapan.

Seorang lagi pengguna mendakwa dia jarang menggunakan Threads namun bateri telefon pintarnya cepat habis sejak kebelakangan ini  berbanding sebelum ini.   

Pengguna lain pula meminta orang ramai tidak memuat turun Threads kerana aplikasi itu menggunakan kuasa bateri yang begitu banyak.

“Malam tadi sebelum tidur, telefon saya sudah dicas penuh namun apabila saya bangun keesokan pagi, jangka hayat bateri hanya tinggal 60 peratus.

“Tanpa membuang masa, saya terus memadamkan aplikasi itu daripada telefon pintar,” katanya.     

Dilaporkan, aplikasi Threads memanfaatkan pengguna Instagram memandangkan kedua-dua akaun itu mempunyai kesinambungan daftar masuk yang sama.

Ketika ini, Threads merupakan aplikasi percuma paling popular di App Store untuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN