Penduduk Bahrain paling kuat makan di dunia

Penduduk Bahrain paling kuat makan di dunia

PEKERJA menyediakan manisan Khanfaroosh di sebuah premis terletak di kampung Jid Hafs, pinggir ibu kota Manama. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANAMA: Satu data mendedahkan Bahrain menduduki tempat pertama dalam senarai negara merekodkan pengambilan kalori harian yang tinggi melebihi keperluan.

Lapor Daily Mail, rakyat Bahrain secara purata mengambil lebih daripada 4,000 kalori setiap hari.

Data menunjukkan hampir empat daripada 10 individu dewasa di negara itu mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Masalah itu mempunyai kaitan dengan peningkatan gaya hidup sedentari dan pengambilan makanan segera secara berlebihan.

Amerika Syarikat (AS) berada di tangga kedua dengan rakyat negara itu secara purata mengambil sebanyak 3,868 kalori setiap hari.

Ireland menduduki tempat ketiga dengan merekodkan 3,850 kalori sehari, diikuti Belgium (3,824 kalori sehari) dan Turkiye (3,762 kalori sehari).

Laporan itu dikeluarkan oleh laman saintifik Our World In Data yang menggunakan data daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Data itu berdasarkan jumlah makanan dibeli isi rumah secara purata dalam setiap negara.

Penyelidik mengkaji pengambilan kalori dalam kalangan 184 negara anggota PBB.

Berdasarkan jumlah itu, sebanyak 173 negara didapati mengambil lebih daripada 2,000 kalori setiap hari atau melebihi purata harian disyorkan bagi golongan lelaki dan wanita.

Para penyelidik memberi amaran pengambilan kalori melebihi keperluan mampu meningkatkan obesiti serta menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan Alzheimer.

Sementara itu, United Kingdom (UK) menduduki tempat ke-26 secara keseluruhan dengan rata-rata penduduk mengambil sebanyak 3,244 kalori setiap 24 jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN