Pelancong asing dikenakan cukai 150,000 rupiah masuk Bali

Pelancong asing dikenakan cukai 150,000 rupiah masuk Bali

PELANCONG membuat persediaan untuk melakukan aktiviti menyelam di Pantai Sanur di Bali pada April lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak berkuasa Bali bakal mengenakan cukai sebanyak 150,000 rupiah (RM46) kepada pelancong yang memasuki pulau peranginan itu bermula tahun depan.

Langkah itu bertujuan memelihara budaya dan warisan di Bali.

Pulau peranginan berkelas dunia itu menarik kemasukan jutaan pelancong asing setiap tahun, sekali gus meningkatkan ekonomi Indonesia.

Namun pada masa yang sama, pihak berkuasa mahu mengekalkan budaya dan warisan yang ada di pulau berkenaan.

“Bayaran cukai itu hanya akan dikenakan sekali sahaja bagi setiap pelancong yang memasuki Bali.

“Cukai itu akan dibayar secara elektronik dan termaktub untuk semua pelancong dari luar Indonesia,” kata Gabenor Bali, I Wayan Koster.

Lebih dua juta pelancong asing mengunjungi Bali pada tahun lalu ketika pulau peranginan itu mula ulih sedikit demi sedikit daripada pandemik Covid-19.

Ditanya adakah cukai itu akan mengurangkan kemasukan pelancong asing ke Bali, Koster memaklumkan langkah itu tidak akan menjejaskan pelancongan di Bali.

“Pasti tiada masalah. Kami akan menggunakan cukai yang dibayar itu untuk menjaga dan memelihara alam sekitar, budaya dan membina lebih banyak kemudahan bagi memudahkan para pelancong di Bali, selain dapat bercuti dengan selesa,” ujarnya.

Terdahulu, Bali sering menjadi sasaran pelancong asing untuk membuat ‘onar’ termasuk menghina tempat-tempat suci di sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN