Lelaki kanibal makan taco berinti otak isteri

Lelaki kanibal makan taco berinti otak isteri

ALVARO (kanan) mengaku membunuh isterinya, Maria Montserrat Animas Montiel sebelum mengerat mayat mangsa.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Seorang lelaki dari Mexico digelar ‘kanibal Puebla’ selepas bertindak kejam membunuh isterinya dan memakan otak wanita itu serta menggunakan tengkoraknya sebagai bekas abu rokok.

Lapor Daily Mail, polis menahan suspek yang hanya dikenali sebagai Alvaro di Puebla pada 2 Julai lalu selepas didakwa membunuh Maria Montserrat Animas Montiel yang juga ibu kepada lima anak ketika di bawah pengaruh bahan terlarang.

Semasa disoal siasat, lelaki berusia 32 tahun itu mengaku melakukan pembunuhan tersebut pada 29 Jun lalu kononnya selepas mendapat arahan daripada Dewa Kematian Santa Muerte yang sering dipuja pasangan itu.

Alvaro pegawai polis, dia menetak isterinya dengan parang dan tukul sebelum mengerat mayat mangsa dan memasukkan ke dalam beg plastik.

Dia didakwa membuang sebahagian mayat tersebut ke dalam gaung di belakang rumahnya malah mengaku sempat memakan sebahagian otak isterinya yang dijadikan inti di dalam taco.

Ibu mangsa, Maria Alicia Montiel Serran memberitahu media tempatan, Alvaro kemudian menelefon salah seorang anak perempuan mangsa dan meminta keluarganya datang untuk mengambil cebisan mayat yang masih disimpan dirumahnya.

Serran berkata, keluarganya masih belum dapat mengebumikan Maria Montserrat kerana polis sedang berusaha mengumpulkan cebisan mayatnya di sekitar kediaman itu dan perlu melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum diserahkan kepada waris.

“Saya mahu anak saya dikuburkan dengan sempurna dan tidak akan membiarkan suspek bebas kerana saya percaya tiada ibu yang mahu melihat anak perempuan mereka dikembalikan dalam cebisan. Saya pasti akan menuntut keadilan untuknya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN