Lapan maut bangunan runtuh di Brazil - Utusan Malaysia

Lapan maut bangunan runtuh di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala lima lagi hilang, termasuk kanak-kanak selepas sebuah bangunan di bandar Recife, Brazil runtuh semalam.

Lapor Al-Jazeera memetik Jabatan Pertahanan Awam dan Bomba Brazil, mayat lelaki, wanita, serta kanak-kanak berusia 8 dan 5 tahun antara mangsa yang dijumpai di bawah runtuhan.

Dua lagi mangsa, masing-masing wanita berusia 65 tahun dan remaja 15 tahun, berjaya diselamatkan.

Menurut laporan jabatan bomba, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan, apabila satu daripada blok bangunan itu runtuh, manakala sebahagian struktur sebuah lagi bangunan hampir roboh.

Punca runtuhan yang berlaku pada pagi Jumaat ketika ramai penduduk berkemungkinan masih tidur masih belum dikenal pasti.

Kawasan Metropolitan Recife terjejas akibat hujan lebat sejak malam Khamis, menyukarkan pihak bomba menjalankan misi mencari dan menyelamat untuk mengesan mangsa yang hilang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN