JAKARTA: Sekurang-kurang enam maut, manakala dua lagi cedera apabila sebuah kereta api merempuh sebuah van di Jombang, Jawa Timur, semalam.
Polis Jombang dalam satu kenyataan berkata, mangsa terkorban di tempat kejadian itu adalah penumpang van.
Dua lagi penumpang van mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital tempatan.
Kemalangan berlaku pukul 11.15 malam waktu tempatan apabila van itu dilaporkan dipandu melalui lintasan kereta api tanpa penghadang, di Kampung Jabon di Kilometer 85 antara Stesen Jombang-Sembung.
Hasil siasatan awal menunjukkan pemandu van itu didakwa tidak mengendahkan amaran pengguna jalan raya lain yang berkali-kali meminta dia berhenti.
Kereta api yang dikendalikan PT Kereta Commuter Indonesia itu kemudian melanggar dan mengheret kenderaan terbabit hingga sejauh kira-kira 100 meter.
Tiada penumpang kereta api dilaporkan cedera dalam kemalangan itu. Perkhidmatan kereta api terbabit beroperasi semula pada pukul 11.25 malam.










