Cuaca panas 'menggelegak' landa AS, lebih 100 juta rakyat terjejas

Cuaca panas ‘menggelegak’ landa AS, lebih 100 juta rakyat terjejas

TIANG bendera AS disambar api dalam kebakaran yang tercetus akibat gelombang haba di Moreno Valley di Riverside County, California kelmarin.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebahagian kawasan di Amerika Syarikat (AS) dijangka mencatatkan rekod suhu baharu, dengan amaran tahap haba ‘berbahaya’ sehingga minggu depan di seluruh barat daya negara itu.

MINGGU TERPANAS

Hampir satu pertiga rakyat AS atau kira-kira 113 juta orang kini berada di bawah amaran gelombang haba melibatkan negeri-negeri dari Florida , California hingga ke Washington.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) menggesa orang ramai supaya tidak memandang ringan risiko fenomena peningkatan suhu kepada kehidupan seharian selepas paras tertinggi 48 darjah Celsius direkodkan di Phoenix, Arizona kelmarin.

Suhu di kawasan itu dilaporkan mencecah 43 Celsius selama 16 hari berturut-turut dengan klinik bergerak memaklumkan merawat beberapa gelandangan yang mengalami luka terbakar tahap ketiga.

Sementara itu, Death Valley di California yang dikenali sebagai satu daripada tempat paling panas di dunia diramalkan mencecah 54 Celsius, menghampiri suhu paling panas yang pernah direkodkan di bumi.

NWS memberi amaran rekod tempatan juga bakal dipecahkan minggu ini di kawasan Lembah San Joaquin, Gurun Mojave dan Great Basin.

Kemas kini pada petang Sabtu menunjukkan suhu akan menimbulkan risiko kesihatan yang berpotensi membawa maut kepada sesiapa sahaja tanpa penyejukan berkesan dan penghidratan mencukupi.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), kira-kira 700 orang dianggarkan mati setiap tahun akibat masalah berkaitan haba di AS.

Namun situasi itu dijangka bertambah buruk apabila kebakaran hutan yang dicetuskan oleh peningkatan suhu melebihi purata di Kanada membakar hampir 10 juta hektar tanah dan menyebabkan sebahagian AS diselubungi asap tebal.

GELOMBANG HABA TERBURUK

“Suhu di barat daya AS adalah hasil daripada tekanan tinggi di peringkat atas rabung gunung dan biasanya membawa bersamanya suhu yang lebih panas.

” Namun gelombang haba kali ini adalah sistem terkuat seumpamanya yang melanda wilayah ini,” jelas NSW.

Las Vegas, Nevada, juga mungkin menyamai paras tertinggi 47 Celsius dalam beberapa hari akan datang.

Menurut BBC, Pegawai cuaca di kawasan itu sudah mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan supaya berjaga-jaga kerana gelombang haba yang melanda minggu ini bukan seperti suhu padang pasir biasa yang dialami mereka.

“Ramai beranggapan kawasan ini adalah padang pasir, sudah tentu ia panas. Ini adalah cara pemikiran yang sangat berbahaya!

“Gelombang haba ini bukan haba padang pasir biasa kerana tempohnya yang panjang, suhu siang hari yang melampau dan malam yang panas. Semua orang perlu mengambil serius gelombang haba ini, termasuk mereka yang tinggal di padang pasir,” tegas NWS Las Vegas menerusi ciapan di laman Twitter.

Sebahagian lawasan di barat daya AS sudah pun bergelut dengan cuaca sangat panas sepanjang minggu lalu termasuk El Paso, Texas yang berdepan suhu melebihi 43 darjah Celsius selama 27 hari berturut-turut.

Penggunaan penghawa dingin di negeri ini turut meningkat mendadak, mengatasi rekod penggunaan kuasa sebelum ini apabila orang ramai cuba untuk kekal sejuk manakala taman, muzium dan zoo diarahkan tutup atau dipendekkan waktu operasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya