Ukraine dakwa tembak jatuh 20 dron, peluru berpandu Russia

Ukraine dakwa tembak jatuh 20 dron, peluru berpandu Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Tentera Ukraine mendakwa pasukannya berjaya memintas sebuah peluru berpandu jelajah dan 20 dron yang dilancarkan oleh Russia dalam serangan terbaharu semalam.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Kyiv memaklumkan tiga peluru berpandu lain melanda `kawasan industri’ di wilayah Dnipropetrovsk di timur tengah Ukraine.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas Gabenor Crimea dilantik Moscow mendakwa tentera Russia menembak jatuh sembilan dron di wilayahnya tanpa menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Namun, salah sebuah dron itu meletup di sebuah kampung di tengah semenanjung sehingga memecahkan tingkap di beberapa kediaman penduduk.

Dilaporkan, serangan dron di Crimea semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini ketika Ukraine meneruskan serangan balas terhadap tentera Russia.

Sebelum ini, Kyiv berulang kali menegaskan pihaknya merancang untuk mengambil semula semenanjung itu, sebahagian usahanya mendapatkan semula wilayah sejak Moscow melakukan pencerobohan pada Februari tahun lalu.

Kyiv mendakwa mencatatkan beberapa kejayaan menerusi serangan balasnya manakala Russia pula melancarkan serangan sengit terhadap beberapa bandar utama Ukraine dalam beberapa minggu kebelakangan ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN