Tragedi kapal Titan: Serpihan, cebisan mayat ditemukan

Tragedi kapal Titan: Serpihan, cebisan mayat ditemukan

SERPIHAN kapal selam Titan dibawa ke Pelabuhan St John's di Newfoundland. - AGENSI   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Serpihan dan cebisan mayat manusia dipercayai dari tragedi kapal selam Titan yang meletup ketika misi ekspedisi meneroka bangkai kapal Titanic di dasar laut, berjaya dibawa ke daratan.

Penemuan itu dibuat ketika pihak berkuasa melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kapal selam itu meletup. 

Lapor Al Jazeera, Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pasukannya menemukan sisa mayat dipercayai daripada lima penumpang yang terkorban dalam tragedi kapal selam Titan itu.

“Pakar perubatan AS akan menjalankan analisis rasmi ke atas cebisan mayat manusia yang ditemukan dalam serpihan kapal selam Titan di tapak kejadian,” jelasnya dalam kenyataan.

Terdahulu, serpihan kapal selam Titan yang ditemukan itu sudah dibawa ke Pelabuhan St John’s di Newfoundland, kira-kira 600 kilometer (km) barat laut dari lokasi bangkai kapal Titanic di dasar lautan.

Beberapa gambar menunjukkan apa yang kelihatan seperti kon hidung kapal selam Titan serta panel sisi dengan elektronik dan wayar tergantung, diturunkan dari kren ke atas trak rata di terminal di St John, Newfoundland.

Kenderaan kendalian jauh Odysseus dari syarikat Pelagic Research, digunakan dalam operasi pencarian kapal selam itu.

Dalam pada itu, syarikat Pelagic memaklumkan operasi pencarian kapal selam tersebut, sudah selesai.

“Pasukan kami telah bekerja keras selama 10 hari termasuk melalui pelbagai cabaran fizikal dan mental sepanjang operasi pencarian kapal selam itu.

“Akhirnya, mereka berjaya menyelesaikan misi berkenaan,” jelas syarikat itu menerusi kenyataan.

Dilaporkan, serpihan kapal selam itu akan diperiksa dan dianalisis oleh Badan Penyiasatan Pengawal Pantai AS (MBI).

Pengerusi MBI, Kapt Jason Neubauer dalam satu kenyataan menyatakan `masih banyak lagi perlu dilakukan bagi memahami punca tragedi itu dan memastikan insiden sama tidak berulang’.

Titan dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu dan Pengawal Pantai AS mengesahkan kesemua lima individu dalam kapal selam itu meninggal dunia selepas berlakunya letupan dahsyat semasa ekspedisi meneroka bangkai kapal Titanic pada kedalaman 3,800 meter di bawah Laut Atlantik.

Mangsa terdiri daripada ketua pegawai eksekutif OceanGate, Stockton Rush yang mengatur ekspedisi itu, jutawan warga Britain, Hamish Harding, hartawan kelahiran Pakistan yang memegang kerakyatan Britain, Shahzada Dawood, serta anaknya, Suleman Dawood dan pakar kapal Titanic, Paul-Henry Nargeolet.

Ketika ini, lima serpihan utama Titan ditemukan berdekatan dengan bangkai Titanic.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya