Saintis bina `planet marikh buatan' di Yorkshire

Saintis bina `planet marikh buatan’ di Yorkshire 

SAINTIS akan ditempatkan dalam modul sebesar tiga meter lebar. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan saintis sedang membangunkan sebuah makmal yang menyerupai planet marikh di sebuah kawasan perlombongan di United Kingdom (UK).

Lapor Daily Mail, makmal buatan itu akan dibina kira-kira 1,000 meter di bawah tanah berhampiran Whitby di North Yorkshire.

Di bawah projek Bio-SPHERE, pasukan penyelidik di Universiti Birmingham menggunakan salah satu lombong paling dalam di UK untuk membina makmal tersebut dalam usaha mengkaji sejauh mana para angkasawan dapat hidup di planet marikh.   

Dilaporkan, kajian mengenai cara hidup angkasawan dan prosedur perubatan antara beberapa eksperimen akan dijalankan di lombong potash Boulby berhampiran pekan Staithes.

Malah, projek Bio-SPHERE itu juga mampu membuka laluan kepada pembinaan rumah bawah tanah di angkasa ketika kru angkasawan berusaha mengelak serpihan meteor dan radiasi yang berbahaya.

Sementara itu, ketua penyelidik, Dr Alexandra Iordachescu berkata, pihaknya berasa amat gembira untuk bekerjasama dengan pasukan saintis di Makmal Bawah Tanah Boulby.

“Fasiliti ini akan membantu untuk mengumpul maklumat yang boleh memberi nasihat mengenai sistem sokongan hayat, peranti dan biobahan digunakan dalam kecemasan perubatan serta merawat kerosakan tisu dalam misi angkasa lepas.

“Data itu mungkin membawa banyak faedah untuk aplikasi berasaskan bumi serta menyampaikan rawatan perubatan di kawasan terpencil atau di persekitaran berbahaya.

“Ia juga membantu memahami aliran kerja bioperubatan di persekitaran yang tidak ideal,” katanya.  

Dilaporkan, simulasi planet marikh itu dibina dalam rangkaian terowong sepanjang 3,000 meter, dengan dipenuhi garam batu berusia 250 juta tahun. 

Pasukan pakar percaya keadaan dan lokasi bawah tanah itu akan membantu mereka mewujudkan persekitaran yang sama seperti berada di Marikh dan bulan. 

Para saintis akan ditempatkan dalam modul sebesar tiga meter lebar yang berpangkalan di bawah tanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya