NEW YORK: Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) mendedahkan seramai enam orang, termasuk bekas pengurus rumah mayat Sekolah Perubatan Harvard didakwa terlibat dengan pemerdagangan mayat manusia yang dicuri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut pendakwa raya Pennsylvania pada Rabu, enam tertuduh dan seorang wanita yang sebelum ini didakwa di Arkansas, sebahagian daripada rangkaian seluruh negara yang ‘membeli dan menjual mayat manusia yang dicuri dari Harvard dan rumah mayat Arkansas”‘
Peguam AS, Gerard Karam, berkata pendakwaan itu mendakwa, dari 2018 hingga 2022, pengurus bilik mayat untuk Program Hadiah Anatomi di Sekolah Perubatan Harvard, yang dinamakan sebagai Cedric Lodge berusia 55 tahun, mencuri sebahagian daripada mayat yang didermakan untuk penyelidikan dan pendidikan perubatan, sebelum jadual pembakaran mayat mereka.
Logde dan isterinya, juga dinamakan dalam pendakwaan, kemudian menjual mayat. Menurut pendakwa raya, Lodge membenarkan dua daripada tertuduh lain memasuki Sekolah Perubatan Harvard, memeriksa mayat sebelum ‘memilih apa yang hendak dibeli’.
Kejadian serupa juga melibatkan Candace Chapman Scott yang didakwa di Daerah Timur Arkansas kerana mencuri sebahagian mayat yang sepatutnya dia bakar dari majikannya, bilik mayat dan krematorium di Little Rock, ibu kota Arkansas, menurut pendakwa raya.
“Sesetengah jenayah tidak difahami. Kecurian dan pemerdagangan mayat manusia menyerang apa yang menjadikan kita manusia.
“Amat menyedihkan begitu ramai mangsa di sini secara sukarela membenarkan jasad mereka digunakan untuk mendidik profesional perubatan dan memajukan kepentingan sains dan penyembuhan.
“Bagi mereka dan keluarga mereka untuk diambil kesempatan atas nama keuntungan adalah mengerikan,” kata Karam.