Polis Mexico tahan 129 pendatang sembunyi dalam trak kargo - Utusan Malaysia

Polis Mexico tahan 129 pendatang sembunyi dalam trak kargo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico menahan 129 pendatang yang bersembunyi di bahagian belakang sebuah trak kargo.

Menurut Institut Migrasi Nasional dalam satu kenyataan, pendatang dari Guatemala, Honduras, El Salvador dan India itu ditemukan pada malam Jumaat di negeri timur Veracruz.

Mexico berada di tengah-tengah gelombang panas yang sudah meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa.

Perkhidmatan Meteorologi Negara berkata, trak yang penuh dengan pendatang itu ditahan di bandar Sayula de Aleman ketika suhu diramalkan mencecah 44 darjah Celsius.

Institut Migrasi Nasional berkata, seramai 51 pendatang dari Guatemala sudah dikembalikan ke negara itu.

Serama 19 lagi kanak-kanak bawah umur dari Guatemala dan Honduras dipindahkan ke pusat perlindungan khas dan stesen migrasi.

Beribu-ribu pendatang yang melarikan diri daripada masalah kemiskinan dan keganasan di negara mereka, melintasi Mexico setiap hari dengan harapan untuk sampai ke Amerika Syarikat (AS).

Sepanjang perjalanan mereka sering menjadi mangsa kumpulan jenayah terancang atau pemerdagang manusia dengan lebih 2,100 pendatang diculik di Mexico tahun lalu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN