Bekas Setiausaha Politik bekas Ketua Menteri Melaka, isteri direman 5 hari

Bekas Setiausaha Politik bekas Ketua Menteri Melaka, isteri direman 5 hari

SEORANG bekas Setiausaha Politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka bersama isteri dibawa untuk permohonan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta di Mahkamah Majistret Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan isterinya direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 16 Februari terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini.

Ia membabitkan dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta sebagai balasan membantu sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka.

Semalam, pasangan suami isteri itu ditahan kira-kira pulul 2 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Siasatan awal SPRM mendapati suspek yang bergelar Datuk Wira itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Februari hingga November 2021.

Hasil siasatan turut mendapati wang rasuah berkenaan dipercayai digunakan untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Mahkamah Putrajaya pada 9.10 pagi menaiki kenderaan SPRM.

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 16a(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN