Pita pindah pegangan saham kepada pewaris lain

Pita pindah pegangan saham kepada pewaris lain

PITA Limjaroenrat (tengah) berjalan sambil melambai tangan kepada para penyokongnya di sebuah restoran di Bangkok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat mendakwa beliau sudah memindahkan pegangan saham dalam firma media, iTV Plc kepada pewaris lain.

Tindakan itu dibuat untuk membolehkan beliau menjadi perdana menteri ke-30 tanpa sebarang isu berbangkit.

Lapor Bernama, Pita, 42, merupakan calon utama Perdana Menteri Thailand selepas parti pimpinannya memperoleh kemenangan tidak dijangka dalam pilihan raya umum negara itu pada 14 Mei lalu.

Menurut Pita, beliau bersedia melawan kes pegangan saham media itu yang disifatkan ‘bermotifkan politik’.

Ketika berkempen, calon dari Parti List Palang Pracharath, Ruangkrai Leekitwatana menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya menyiasat kelayakan Pita untuk bertanding.

Ini kerana Perlembagaan Thailand melarang mana-mana calon yang memiliki pegangan saham dalam syarikat media bertanding dalam pilihan raya.

Pita menjelaskan saham dalam syarikat iTV Plc didaftarkan atas namanya kerana mahkamah melantik beliau mewakili pewaris lain selepas kematian bapanya pada tahun 2006.

Beliau berkata, iTV tidak lagi beroperasi pada 2007 malah syarikat itu sudah dikeluarkan daripada Bursa Saham Thailand pada 2014.

“Semasa berdepan pelbagai tohmahan, saya memutuskan untuk berbincang dengan pewaris lain yang mengamanahkan saya memegang saham iTV yang diwarisi daripada bapa saya bagi pihak mereka.

“Kami membuat keputusan untuk memindahkan saham kepada pewaris lain bagi mengelakkan sebarang komplikasi semasa proses pemulihan iTV sedang berjalan,” katanya.

Selepas berjaya memenangi 151 kerusi dalam Pilihan Raya Umum dan meraih lebih 14.2 juta undi, Parti Move Forward dan tujuh parti lain membentuk gabungan dengan mempunyai 313 kerusi dalam Parlimen Thailand.

Meskipun mempunyai jumlah kerusi paling tinggi, tiada jaminan bahawa pakatan yang dipimpin oleh Parti Move Forward akan berjaya membentuk kerajaan.

Dilaporkan, gabungan pakatan parti di bawah pimpinan Pita perlu memperoleh 64 undi lagi.

Pita berdepan haluan sukar berikutan 250 senator yang dilantik oleh kerajaan Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha sebelum ini juga mempunyai pengaruh dalam menentukan perdana menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya