Perkhidmatan kereta api India kembali beroperasi - Utusan Malaysia

Perkhidmatan kereta api India kembali beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo di India kembali beroperasi semula tiga hari selepas negara itu berdepan bencana terburuk dalam sejarah yang dilaporkan berpunca daripada kegagalan sistem isyarat.

Kementerian kereta api berkata, perkhidmatan pertama tren kargo yang sarat dengan arang batu bermula 51 jam selepas nahas.

Tidak dapat dipastikan sama ada semua landasan sudah dibaiki sepenuhnya namun perkhidmatan kereta api di kawasan nahas kini hanya menggunakan laluan di satu bahagian sahaja.

Kereta api kargo tersebut melepasi serpihan gerabak yang remuk akibat kemalangan Jumaat lalu berhampiran Balasore di Odisha yang mengorbankan 275 nyawa dan menyebabkan ratusan cedera.

Jaring hijau didirikan di kedua-dua belah landasan, melindungi serpihan gerabak daripada pandangan penumpang yang sedang dalam perjalanan.

Menteri kereta api, Ashwini Vaishnaw turut dilihat melipat tangan berdoa ketika menyaksikan kereta api pertama melintasi lokasi bencana.

Ramai mangsa yang terselamat dalam kejadian Jumaat lalu masih dirawat di hospital kerajaan utama di Balasore namun kebanyakan pesakit yang kritikal dilaporkan sudah dipindahkan ke hospital lebih besar di bandar lain.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya