Pemandu BMW paling biadab di jalan raya Britain

Pemandu BMW paling biadab di jalan raya Britain

PEMANDU BMW dipilih sebagai pemandu paling biadab di jalan raya Britain.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemandu kereta jenama BMW dipilih sebagai paling biadab di jalan raya Britain sementara pemilik Ford pula digelar paling berhemah, menerusi tinjauan pendapat yang dijalankan di seluruh negara baru-baru ini.

Lebih 50 peratus daripada mereka yang menyertai tinjauan itu berkata, pemandu BMW adalah yang paling tidak menyenangkan, sementara pemandu Audi berada di tempat kedua dengan 28 peratus dalam kategori sama.

Kelompok tiga teratas dilengkapkan oleh Mercedes-Benz dengan 17 peratus, manakala Land Rover di tempat keempat dengan 15 peratus dan Porsche yang mengutip 11 peratus di tempat kelima.

Pemandu BMW turut diundi paling kerap memandu perlahan di lorong tengah, brek mengejut untuk menakutkan kenderaan di belakang dan gemar memotong di saat-saat akhir.

Bagi kategori pemandu berhemah dan sopan pula, Ford mengungguli dengan 21 peratus undian, diikuti Kia sebanyak 16 peratus, manakala Toyota dan Nissan masing-masing di tempat keempat dengan 15 peratus.

Lapor Dailymail, lebih 2,000 orang menyertai tinjauan pendapat berkaitan amalan dan tingkah laku pemanduan yang dilaksanakan oleh firma insuran kenderaan GoShorty.

Lebih 58 peratus responden bagaimanapun bersetuju bahawa jenama kereta bukan faktor utama yang perlu diberi perhatian sebaliknya sikap setiap pemandu itu sendiri yang harus dipersalahkan.

Sebanyak 70 peratus individu turut berpendapat pemanduan kini lebih tertekan berbanding lima tahun lalu, dengan 40 peratus mengatakan mereka kerap berdepan tingkah laku biadab di jalan raya negara itu atau sekitar purata enam kali seminggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.