Nyaris terlepas tunai ibadah haji, jemaah ditinggal bas ketika pergi tandas - Utusan Malaysia

Nyaris terlepas tunai ibadah haji, jemaah ditinggal bas ketika pergi tandas

SEORANG bakal jemaah haji lelaki (baju hijau) tertinggal bas ketika dia pergi ke tandas di Kediri, Jawa Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEDIRI: Seorang bakal jemaah haji yang berasal dari Kediri, Jawa Timur nyaris tidak dapat menunaikan ibadah itu apabila dia tertinggal bas ketika kenderaan itu bertolak dari Pejabat Ketua Daerah Kediri, kelmarin.

Jurucakap Kementerian Agama Daerah Kediri, Paulo Xemenes berkata, jemaah tersebut merupakan seorang lelaki.

“Kejadian bermula apabila jemaah tersebut pergi ke tandas di masjid dalam kawasan pejabat ketua daerah.

“Belum sempat dia keluar, bas yang membawa rombongan jemaah sudah pun berlepas ke Asrama Haji Sukolilo Surabaya.

“Jemaah haji itu panik selepas mengetahui dia tertinggal bas, namun petugas di pejabat ketua daerah menenangkannya,” kata Paulo.

Tidak lama kemudian, jemaah haji itu dihantar ke asrama tersebut menggunakan kenderaan pejabat ketua daerah.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan mengingatkan para jemaah supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan mematuhi masa yang ditetapkan supaya tidak tertinggal.

Sekretaris Kediri, Mohamad Solikin yang juga bakal menunaikan haji menyatakan insiden jemaah tertinggal bas dan terkeluar dari kumpulan rombongan boleh berlaku ketika berada di tanah suci.

“Insiden seperti itu sudah biasa berlaku, namun kita sebolehnya tidak mahu ia terjadi kerana boleh mencetuskan panik dalam kalangan jemaah dan pengurusan.

“Oleh hal yang demikian, sentiasa mematuhi masa yang ditetapkan supaya semua perjalanan lancar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya