Nusrat Jahan Choudhury dilantik hakim wanita Islam pertama AS - Utusan Malaysia

Nusrat Jahan Choudhury dilantik hakim wanita Islam pertama AS

Nusrat Jahan Choudhury
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Kumpulan hak asasi manusia di Amerika Syarikat (AS) menyambut baik pelantikan Nusrat Jahan Choudhury sebagai hakim Persekutuan di New York.

Berita pelantikan wanita Islam pertama warga AS berketurunan Bangladesh itu disifatkan pencapaian penting bagi masyarakat Islam di sana.

Senat AS mengundi untuk mengesahkan pelantikan Nusrat pada Khamis dan beliau akan bertugas sebagai hakim Persekutuan bagi Mahkamah Daerah AS untuk Wilayah Timur New York.

“Hari ini adalah hari yang sudah lama dinantikan untuk mengangkat Nusrat ke peringkat Persekutuan.

“Beliau mengabdikan kariernya untuk memastikan semua orang mendapat keadilan menerusi sistem perundangan kita,” kata Omar Farah, pengarah eksekutif kumpulan Muslim Advocacy yang berpangkalan di AS.

“Pelantikan beliau hari ini bermakna seseorang yang berkhidmat dalam lapangan perjuangan hak asasi manusia dan berdepan pelbagai halangan keadilan dalam komuniti, akan membuat keputusan penting sebagai seorang hakim Persekutuan,” katanya.

Nama Nusrat dicalonkan oleh pentadbiran Presiden Joe Biden pada Januari 2022 dan sejumlah kumpulan keadilan sosial, hak asasi manusia dan hak Islam menyokong pencalonan itu.

Pelantikan Nusrat juga dianggap penting bagi perwakilan Islam dalam sistem perundangan AS kerana komuniti itu ada ketikanya mengalami penindasan dan pencabulan hak asasi manusia dalam sistem perundangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN