Nahas helikopter di Syria: 22 tentera AS cedera

Nahas helikopter di Syria: 22 tentera AS cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 22 tentera Amerika Syarikat (AS) cedera dalam kemalangan helikopter di timur laut Syria pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, Komando Pusat tentera AS (Centcom) mengesahkan insiden itu tidak melibatkan sebarang serangan daripada pihak musuh.

“Nahas helikopter yang berlaku di timur laut Syria mengakibatkan 22 anggota tentera AS mengalami pelbagai kecederaan.

“Anggota tentera berkenaan sedang menerima rawatan untuk kecederaan dialami, malah 10 orang sudah dipindahkan ke unit penjagaan rapi,” jelas Centcom.

Menurut Centcom, punca kejadian masih dalam siasatan walaupun tiada serangan daripada pihak musuh dilaporkan.

AS menempatkan kira-kira 1,000 anggota tentera di Syria dalam usaha memerangi pertempuran di negara itu.

Konflik di Syria sudah mengorbankan kira-kira setengah juta orang sejak meletus pada tahun 2011. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya