Malaysia destinasi cuti paling mesra muslimah

Malaysia destinasi cuti paling mesra muslimah

MALAYSIA menjadi destinasi percutian paling mesra Muslimah bagi tahun ini. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Malaysia menjadi negara yang mempunyai destinasi percutian paling mesra muslimah berdasarkan Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2023.

Menurut CrescentRating yang melakukan tinjauan itu, antara faktor yang dipertimbangkan termasuk keselamatan, kekangan agama dan kemampuan sesebuah negara dalam menyediakan sektor pelancongan mesra muslimah.

Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating & HalalTrip, Fazal berkata, golongan pelancong muslimah memainkan peranan penting dalam industri percutian dunia dan mereka turut terdedah dengan insiden yang tidak bernasib baik ketika bercuti.

“Oleh hal yang demikian, kami menyediakan laporan dan tinjauan ini bagi meningkatkan kesedaran golongan wanita mengenai negara mana yang selamat untuk mereka kunjungi.

“Bukan sahaja selamat, tetapi juga mesra agama,” katanya.

Selain itu, Singapura pula kekal sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim nombor satu dalam kalangan bukan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Bagi kategori yang sama, tempat kedua menjadi milik United Kingdom (UK), diikuti Taiwan di tangga ketiga dan Thailand (keempat).

Secara keseluruhan, Indonesia dan Malaysia mendahulu carta GMTI 2023 sebagai destinasi percutian mesra Muslim terbaik untuk pelancong beragama Islam.

Kali terakhir Indonesia menduduki tangga pertama dalam senarai itu adalah pada tahun 2019.

Arab Saudi menduduki tempat ketiga dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula di kedudukan keempat.

Crescentrating turut memaklumkan, golongan pelancong Muslim membentuk segmen pasaran yang besar.

Jumlah perjalanan pelancong Muslim dijangka mencecah 230 juta dengan perbelanjaan berjumlah AS$225 bilion (RM1.03 trilion) menjelang 2028.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya