Lelaki AS sengaja bunuh orang Islam dipenjara 55 tahun - Utusan Malaysia

Lelaki AS sengaja bunuh orang Islam dipenjara 55 tahun

DUSTIN PASSARELLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIANA: Seorang bekas tentera dihukum penjara selama 55 tahun kerana membunuh seorang lelak Islam atas dasar kebencian.

Dustin Passarelli didapati bersalah melakukan pembunuhan itu pada Mei lalu, iaitu empat tahun selepas dia menembak mati Mustafa Ayoubi, 32, yang merupakan rakyat Amerika Syarikat berasal dari Afghanistan di tepi jalan di barat laut Indianapolis.

Passarelli dilaporkan mengikut Mustafa dan bertengkar dengannya, selain beberapa saksi memaklumkan bekas tentera itu memakinya dan menghalaunya supaya ‘pulang ke negara asal’ sebelum melepaskan tembakan.

Kes itu mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk FBI.

Passarelli yang tidak didakwa melakukan jenayah kebencian di mahkamah persekutuan memaklumkan kepada polis, dia mengikuti Mustafa dari lebuh raya sehingga ke kawasan perumahan dan menembaknya sebagai langkah mempertahankan diri.

Bekas tentera itu mendakwa, Mustafa cuba menumbuk satu daripada tingkap keretanya, selain mengakui mempunyai masalah mental ketika menyertai tentera.

Laporan bedah siasat mendapati Mustafa ditembak sebanyak lapan kali dengan satu daripadanya di bahagian bahu, dan selebihnya di bahagian belakang badan.

Polis juga tidak menemukan sebarang bukti kerosakan pada kereta Passarelli.

Mustafa memperoleh kerakyatan negara ini selepas tiba dari Afghanistan sebagai pelarian. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN