Lebih 100 juta penduduk India hidap diabetes

Lebih 100 juta penduduk India hidap diabetes

SEMAKIN ramai penduduk India hidap diabetes dan tekanan darah tinggi akibat gaya hidup tidak sihat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Satu kajian mendapati sebanyak 11 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di India menghidap penyakit diabetes.

Kajian yang dilakukan terhadap lebih 113,000 orang itu juga mendapati sekitar 15 peratus individu di negara ini mengalami pra-diabetes, manakala 35 peratus lagi mempunyai tekanan darah tinggi.

Kajian itu dilakukan antara Oktober 2008 dan Disember 2020 melibatkan 31 negeri dan wilayah India.

“Hasil kajian itu jelas menunjukkan risiko tinggi untuk penduduk di India mendapat penyakit kardiovaskular dan komplikasi organ jangka panjang,” kata RS Dhaliwal yang merupakan ketua bahagian penyakit berjangkit di Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) dalam kenyataan.

ICMR yang membiayai kajian itu menganggarkan India yang ketika ini mempunyai jumlah penduduk teramai dunia mempunyai 101 juta orang yang menghidap diabetes.

Jumlah itu 36 peratus lebih banyak daripada anggaran 2021, iaitu 74.2 juta orang oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa.

Menurut pihak berkuasa kesihatan India, diet tidak sihat, kurang melakukan aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol serta tembakau yang tinggi merupakan antara faktor di sebalik peningkatan kes diabetes.

Selain itu, gaya hidup sebahagian besar penduduk turut menjadi lebih tidak aktif berbanding sebelum ini dan kes penyakit metabolik semakin meningkat. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya