Kelab malam mewah setinggi 33,000 kaki di udara di Dubai

Kelab malam mewah setinggi 33,000 kaki di udara di Dubai

RUANG dalam jet peribadi yag diubah suai jadi kelab malam mewah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Golongan kaya kini berpeluang menikmati suasana ‘berhibur di udara’ dengan menaiki jet peribadi yang diubah suai seperti kelab malam mewah.

Untuk menaiki jet tersebut, pengunjung perlu membuat tempahan dan dikenakan bayaran bermula 10,000 hingga 14,000 pound (RM58,012 hingga RM81,228) bagi setiap jam.

Pengasas dan pengerusi kumpulan hotel mewah FIVE, Kabir Mulchandani sebelum ini membeli sebuah pesawat Airbus ACJ TwoTwenty dan mengubahnya menjadi kelab malam mewah yang dilengkapi dengan pentas menari, bilik tidur dan tempat mandi.

Jet itu boleh memuatkan kira-kira 16 pengunjung dalam satu masa.

Ketua Eksekutif FIVE, Aloki Batra pula memaklumkan, jet peribadi tersebut sebelum ini digunakan untuk membawa pemain bola sepak terkenal terbang dari Asia Barat ke Madrid.

Katanya, syarikat tersebut sudah menerima sekurang-kurangnya enam tempahan untuk beberapa bulan akan datang.

Ditanya mengenai identiti pemain bola sepak tersebut, Batra enggan mendedahkannya atas alasan menjaga privasi pelanggan.

Batra juga memberitahu, ada pelanggan menempah jet tersebut untuk bersiar-siar di sekitar Caribbean.

“Anda boleh pergi ke mana-mana sahaja dengan menggunakan jet ini, anda boleh bercuti dengan santai atau pun berhibur dengan penuh gaya.

“Jet peribadi kami lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan, jadi sudah tentu harganya lebih mahal berbanding jet biasa.

“Anda boleh berhibur dengan bebas di ruang udara setinggi 33,000 kaki,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN