Kanak-kanak lelaki 5 tahun maut leher terkena tali layang-layang - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki 5 tahun maut leher terkena tali layang-layang

PASUKAN perubatan memberi rawatan kepada bapa mangsa yang turut cedera terkena tali layang-layang di Kapuas Hulu, Kalimantan Barat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAPUAS HULU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kapuas Hulu, Kalimantan Barat maut akibat lehernya terkena tali layang-layang.

Jurucakap polis Kapuas Hulu, Joni memberitahu, mangsa sempat dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan, namun kecederaan yang dialaminya parah sehingga dia tidak dapat diselamatkan.

“Ketika kejadian, mangsa dan ibu bapanya menaiki motosikal melalui sebuah jambatan.

“Ketika berada di atas jambatan itu, keluarga itu tidak perasan tali layang-layang yang merentang.

“Akibatnya, tali itu mengenai mereka sekeluarga dengan mangsa mengalami kecederaan paling teruk,” katanya.

Susulan insiden itu, ibu bapa mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan jari, manakala kanak-kanak tersebut cedera pada leher dengan pendarahan teruk.

Pasukan perubatan cuba menyelamatkan kanak-kanak itu, namun usaha mereka gagal dan mangsa diisytiharkan meninggal dunia beberapa jam selepas insiden tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya