Jurutera termuda SpaceX masuk universiti umur 11 tahun

Jurutera termuda SpaceX masuk universiti umur 11 tahun

KAIRAN QUAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bilionair, Elon Musk mengambil seorang remaja berbakat besar berusia 14 tahun untuk bekerja dalam pasukan satelit di syarikat aeroangkasa, SpaceX sekaligus menjadikannya jurutera perisian termuda di dunia.

Lapor Daily Mail, Kairan Quazi berjaya mendapat pekerjaan sebagai jurutera perisian di Starlink yang menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar satelit, sebulan sebelum menamatkan pengajiannya dari Universiti Santa Clara.

Kebolehan luar biasa Kairan mula disedari keluarganya selepas dia menunjukkan keupayaan bercakap ayat penuh pada usia dua tahun dan mampu menyelesaikan persamaan matematik yang kompleks pada usia enam tahun.

Selain daripada usianya, kerjaya baharu remaja dari California berketurunan Bangladesh itu mampu meletakkannya sebaris dengan golongan elit kejuruteraan kerana kurang daripada satu peratus pemohon yang berjaya diterima oleh gergasi teknologi berkenaan.

“Saya akan menyertai syarikat paling hebat di planet ini. Satu-satunya syarikat yang tidak menggunakan umur saya sebagai proksi sewenang-wenangnya untuk mendiskriminasi kematangan dan keupayaan.

“Sudah menjadi impian saya mempunyai kerjaya yang memfokuskan usaha menangani isu-isu mencabar dan melaksanakan inovasi radikal dalam perkhidmatan untuk kebaikan bersama. Saya sangat teruja untuk menawarkan khidmat terbaik,” katanya dipetik CBS World.

Kairan meninggalkan sekolah rendah selepas menamatkan gred ketiga dan mendaftar di kolej komuniti pada usia 9 tahun sebelum menyambung pengajian di Universiti Santa Clara pada usia 11 tahun.

Remaja genius itu pernah menjalani latihan amali di syarikat pengeluar cip, Intel Corp sebagai felo penyelidik kecerdasan buatan dan menerima ijazah sarjana muda dalam sains komputer dan kejuruteraan sebagai graduan termuda dalam sejarah 172 tahun universiti berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN