Ireland beri duit jika beli hartanah di pulau terpencil - Utusan Malaysia

Ireland beri duit jika beli hartanah di pulau terpencil

PEMANDANGAN udara pantai Clough Corr di Pulau Arranmore di Donegal County. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBLIN: Kerajaan Ireland menawarkan geran sehingga 69,000 pound (RM409,444) kepada mana-mana penduduk yang berhasrat membeli hartanah di salah sebuah pulau terpencil di negara itu.

Geran itu ditawarkan dibawah polisi negara, Our Living Islands yang diumumkan pada awal bulan ini.

Polisi untuk tempoh 10 tahun itu, dirangka khas bagi meningkatkan populasi di beberapa pulau terpencil negara itu.

Bagaimanapun, geran itu hanya ditawarkan kepada penduduk yang sanggup membeli bangunan sudah dibina sebelum tahun 1993 dan belum diduduki untuk tempoh minimum dua tahun.

Dana itu hanya dibenarkan untuk dibelanjakan bagi kerja-kerja pembinaan seperti pemasangan penebat, penambahbaikan struktur dan penghiasan semula.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Komuniti Ireland, Heather Humphreys berasa gembira dan menyifatkan polisi negara dilancarkan merupakan yang pertama dalam tempoh 27 tahun.

“Polisi Our Living Islands mengandungi 80 perkara direka khas untuk menyokong dan memperkasakan komuniti dan penduduk yang tinggal di sana.

“Ia bertujuan menambah baik perumahan, menyediakan akses lebih baik dalam perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, rangkaian internet berkelajuan tinggi selain membangunkan kemudahan luar.

“Ini seterusnya akan meningkatkan sektor pelancongan dan menyokong komuniti yang lestari,” katanya.

Geran polisi Our Living Islands adalah lanjutan daripada geran sedia ada di Ireland yang dikenali sebagai Croí Cónaithe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN