Golongan balu, janda bukan ‘pencuri suami’

Golongan balu, janda bukan ‘pencuri suami’

BEBERAPA pasangan pengantin baharu duduk di atas pelamin dalam majlis perkahwinan besar-besaran di Bogor pada Februari tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pandangan buruk terhadap golongan janda dan balu menjadi antara punca keganasan terhadap wanita semakin meningkat.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Keganasan Terhadap Wanita Kebangsaan (Komnas Perempuan),Theresia Iswarini, ramai wanita dipersalahkan apabila mereka kehilangan suami, sama ada menerusi perceraian atau kematian serta ditinggalkan pasangan.

“Di Indonesia, terdapat buadaya yang melihat golongan balu dan janda sebagai simbol seks atau dijadikan bahan gangguan seksual, selain digelar ‘pencuri suami’.

“Akibatnya, kewujudan mereka sering dianggap sebagai ancaman bagi wanita bersuami,” katanya.

Dalam tempoh 2016 hingga 2020, suruhanjaya itu merekodkan sebanyak 889 kes keganasan melibatkan fizikal, mental, seksual, siber dan ekonomi terhadap golongan wanita oleh bekas suami mereka.

Lapor antaranews, suruhanjaya itu turut merekodkan lonjakan kes keganasan berdasarkan jantina di ruang siber sejak 2017 dan semakin memuncak semasa pandemik Covid-19.

“Penyebaran video atau gambar berunsur seksual untuk membalas dendam direkodkan paling banyak dilakukan oleh pasangan termasuk bekas suami, bekas teman lelaki sehingga rakan baik,” ujar ahli suruhanjaya, Satyanti Mashudi.

Sehubungan itu, suruhanjaya tersebut menggesa kerajaan bertindak balas dengan memperkasakan usaha melindungi golongan balu dan janda.

Ini selaras dengan tema peringatan Hari Balu Antarabangsa tahun ini, iaitu inovasi dan teknologi untuk kesaksamaan jantina.

Tema itu dikatakan relevan memandangkan masih banyak kes keganasan terhadap balu membabitkan penggunaan teknologi terutamanya di alam siber.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut 23 Jun sebagai Hari Balu Antarabangsa sejak 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya