MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya lapan orang meninggal dunia dalam gelombang haba ketiga yang melanda Mexico sejak pertengahan April lalu.
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan Mexico.
Ibu negara Mexico mencatatkan rekod suhu tertinggi iaitu 35 darjah Celsius pada minggu ini.
Menurut kementerian dalam satu kenyataan, tujuh mangsa meninggal dunia akibat strok haba manakala seorang lagi maut disebabkan dehidrasi antara 14 April hingga 12 Jun lalu.
Seorang penduduk bernama Wendy Tijerina berkata, Monterrey dilanda cuaca panas terik kerana bandar itu terletak di kawasan perindustrian.
“Penduduk kawasan ini mengalami krisis air, kami tidak dapat mandikan anak kami, malah menggunakan kipas kerana bekalan elektrik sering terputus,” katanya.
Katanya, dia dan ahli keluarganya terpaksa minum air yang banyak untuk menjaga kesihatan daripada mengalami strok haba.
Tahun lalu, Mexico mengisytiharkan darurat kecemasan di beberapa wilayah ketika gelombang haba melanda negara itu. – AFP