Enam cedera insiden rempuhan di Switzerland - Utusan Malaysia

Enam cedera insiden rempuhan di Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Lima kanak-kanak dan seorang wanita cedera apabila sebuah kereta secara tidak sengaja merempuh orang ramai yang berkumpul di festival menembak di Switzerland, lapor polis.

Seorang wanita yang cuba mendapatkan bantuan untuk seorang kanak-kanak yang cedera dilihat memandu ke arah kawasan dataran Menieres di Fribourg ketika festival menembak sedang berlangsung.

Menurut polis Fribourg, kereta itu kemudian dilaporkan merempuh sekumpulan orang, mencederakan seorang wanita dan lima lagi kanak-kanak.

Beberapa ambulans dikerah membawa mereka yang cedera ke hospital berhampiran selepas kemalangan itu, yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang (waktu tempatan).

“Maklumat awal menunjukkan bahawa pemandu memasuki dataran festival membawa seorang kanak-kanak yang cedera semasa aktiviti persendirian.

“Atas sebab yang akan ditentukan oleh siasatan, dia secara tidak sengaja melanggar dan mencederakan orang di dataran sebelum berhenti,” jelas polis.

Pemandu itu yang tidak mengalami kecederaan sudah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya