Empat kanak-kanak ditikam di taman permainan dalam keadaan stabil - Utusan Malaysia

Empat kanak-kanak ditikam di taman permainan dalam keadaan stabil

ORANG ramai meletakkan bunga bagi memperingati mangsa kejadian tikaman di tebing Tasik Annecy di Perancis kelmarin.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Empat kanak-kanak yang ditikam oleh seorang pelarian Syria dalam insiden mengejutkan di sebuah taman di Annecy, di tenggara Perancis, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Lapor BBC, mangsa termuda berusia 22 bulan dan kanak-kanak yang tercedera termasuk warga Britain berusia tiga tahun bersama seorang lagi warga Belanda. 

Seorang lagi warga emas bersama seorang lelaki yang turut cedera ditikam dalam insiden sama kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Polis mengesahkan suspek merupakan warga Syria berusia 31 tahun, yang mempunyai status pelarian di Sweden.

Pendakwa raya tempatan, Line Bonnet-Mathis berkata, suspek tidak dikenali oleh mana-mana perkhidmatan risikan dan tidak mempunyai sebarang sejarah masalah psikiatri.

“Suspek yang beragama Kristian baru bercerai dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun . Dia sebelum ini tinggal selama 10 tahun di Sweden namun gagal dalam permohonan suaka untuk mendapatkan status pelarian di Perancis tahun lalu,” jelasnya.

Saksi melihat suspek yang memakai bandana dan cermin mata hitam berlari mengelilingi taman di tebing Tasik Annecy dan mula menyerang orang ramai secara rawak sebelum polis bersenjata menahannya di tempat kejadian.

“Dia mahu menyerang semua orang. Saya melarikan diri dan dia menerpa ke arah seorang lelaki dan wanita tua dan menikam lelaki tua itu,” kata bekas pemain bola sepak profesional, Anthony Le Tallec yang berada di taman itu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam ciapan di Twitter berkata, serangan berkenaan adalah satu tindakan pengecut.

Kes tersebut masih disiasat dan ramai ahli politik memilih untuk tidak membuat sebarang kesimpulan namun serangan berkenaan dijangka bakal mencetus perdebatan hangat mengenai kebanjiran pendatang asing di Perancis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya